Cari Blog Ini

27 Oktober 2009

Petua Sakit Gigi

Petua ini sangat ringkas tapi amat berkesan dan mujarab bagi mengubati sakit gigi yang berlubang. Caranya mudah saja ambil kapas celupkan ke dalam minyak petrol (tapi cucu jangan guna dekat dengan api nanti hangus muka cucu pulak). Lepas tu masukkan ke tempat yang sakit.

Petua Sakit Gigi

Jika gigi terasa amat sakit disebabkan gigi berlubang, ini petua yang amat mujarab. Ambil halia, lada, asam gelugur, bunga cengkih dan bunga lawang serba sedikit. Kemudian semuanya tu di tumbuk halus (kalau tak ada lesung guna blender pun boleh). Selepas itu masukkan sedikit ke dalam lubang tempat yang sakit itu.

25 Oktober 2009

Petua Nikmat Bersetubuh

Jika hendak memberi nikmat kepada isteri semasa bersetubuh atau berjimak, ada petua orang-orang tua yang atuk nak bagi kat cucu-cucu. Ambil sedikit halia padi(halia merah), sedikit akar peria,sedikit daun cekur, kapur barus dan hempedu ayam hitam. Bahan-bahan tadi di asah serba sedikit kemudian disapu dekat kepala zakar. Selepas itu barulah bersetubuh. Insya Allah isteri cucu akan merasa kelazatan dan nikmat yang tak terkata.

Petua Hilangkan Senak Medu

Sesiapa yang kerap mengalami senak medu atau senak ulu hati, amalkan petua berikut:

1. Ambil lada hitam 7 biji
2. Bawang merah 3 biji
3. Bawang puteh 3 biji
4. Halia sebesar ibu jari
5. Kemudian dibaca Surah An-Nas...sebanyak 3 kali

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/b/b0/An-Naas.jpg

6. Semua ramuan ditumbuk dan diperah ambil airnya
7. Kemudian minum airnya. InsyaAllah akan hilang senak medu

24 Oktober 2009

Salam hormat...

Terlebih dahulu atuk nak ucapkan terima kasih kepada cucu-cucu atuk yang telah bertungkus lumus berbulan-bulan lamanya mengajar atuk cara menggunakan blog ni. Memandangkan kepada keadaan semasa di zaman yang penuh mencabar dan kemahuan dari segenap lapisan masyarakat, maka atuk terpanggil untuk menulis di dalam blog ini tentang petua-petua orang-orang dahulu yang banyak memberi faedah dan manafaat kepada setiap lapisan masyarakat dan pada setiap ketika. Atuk harap mudah-mudahan para pembaca blog ini akan mengamal dan mengambil manafaat dari petua-petua yang akan atuk berikan nanti.